SHAH ALAM: Bekas pengikut-pengikut Global Ikhwan Services and Business Sdn. Bhd. (GISBH) didakwa meninggalkan negeri ini susulan penguatkuasaan fatwa pengharaman terhadap gerakan tersebut oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, pergerakan tersebut dikesan susulan pemantauan dilakukan terhadap premis-premis atau rumah yang mempunyai kaitan dengan GISBH. “Khabarnya ramai juga pengikut yang pergi ke negeri lain susulan fatwa yang mengharamkan…