Ahli Parlimen BN minta RUU PSB ditangguhkan

Ahli Parlimen BN minta RUU PSB ditangguhkan

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) perlu ditangguhkan terlebih dahulu kerana ia mendapat banyak pandangan dan menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sehubungan itu RUU tersebut perlu ditangguhkan bagi memberi ruang penglibatan secara tuntas diadakan dengan semua pihak.

“Saya telah pun bersama-sama bermesyuarat dan berjumpa dengan semua ahli Parlimen daripada BN dan kami menyatakan kebimbangan serta mahu supaya RUU ini ditangguhkan dan dibuat engagement (penglibatan) dengan semua pihak. Supaya tidak ada pihak-pihak nanti apabila RUU ini diluluskan akan ada yang menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dewan Orang Ramai Rantau, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan, kebimbangan banyak pihak mengenai RUU itu adalah membabitkan threshold (tahap had) yang sebelum ini diperlukan 100 peratus diturunkan kepada 80 peratus, selain definisi ‘urban’ itu sendiri.

Urban Redevelopment. Apa definisi urban? tidak ada (mungkin jadi) di Rantau nanti hendak redevelop (membangunkan semula), ia boleh ada kuasa untuk membangunkan kawasan di Rantau ini tanpa mendapat restu (20 peratus).

“Apa jadi dengan hak 20 peratus ini? Ini perlu kita lihat. Jika dapat (persetujuan) 80 peratus, akan terus bagi syarikat-syarikat untuk membangunkan mana-mana kawasan yang suka. 

“Jadi ini merupakan kerisauan dan saya membawa suara daripada semua Ahli-ahli Parlimen BN meminta supaya RUU ini ditangguhkan agar apabila dibawa ke Parlimen sebelum diluluskan pastikan supaya semua pihak yang terlibat di bawa berunding dulu,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebelum ini berkata,  RUU PSB  adalah penting bagi memastikan bandar lama dihidupkan semula seterusnya menyokong agenda pembangunan mampan negara.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN