67 ekor anak ular sawa ditemukan di Kuala Krai

67 ekor anak ular sawa ditemukan di Kuala Krai

ANGGOTA Bomba Sukarelawan Guchil berusaha menangkap anak ular sawa yang baru menetas di Kampung Gertak Kangkong, Kuala Krai, Kelantan petang tadi-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Sebanyak 67 ekor anak ular sawa ditemukan di dalam sarang yang terletak di kawasan sebuah kebun di Kampung Gertak Kangkong, di sini semalam.

Reptilia yang baru menetas itu ditinggalkan oleh induknya, selepas terkejut dengan kehadiran seorang penternak yang mahu mengambil lembu peliharaannya di kawasan tersebut pada pukul 5.30 petang.

Ketua Operasi Pasukan Bomba Sukarelawan Guchil, Mohd. Hamdan Mahadi berkata, setibanya di lokasi kejadian pihaknya mendapati terdapat sarang yang mengandungi 67 ekor anak ular sawa.

“Semasa proses mengutip, enam ekor anak ular sawa itu telah terlepas dam ke dalam semak berhampiran.

“Kami hanya berjaya menangkap 60 ekor anak ular sawa. Kesemua anak ular sawa tersebut dibawa balik ke balai dan akan dilepaskan ke habitat asalnya yang lebih selamat,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mohd. Hamdan memberitahu, operasi tersebut telah mengambil masa selama 1 jam 45 minit dan tamat sepenuhnya pada pukul 7.30 malam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN