66 kakitangan PKNS terima APC, Anugerah Khas CEO Kumpulan

66 kakitangan PKNS terima APC, Anugerah Khas CEO Kumpulan

APC PKNS
AMIRUDIN Shari menyampaikan sijil kepada seorang kakitangan PKNS yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sambil disaksikan Mahmud Abbas (kiri) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2025 di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 66 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) termasuk 16 penerima Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi tahun 2024.

Penganugerahan tersebut diberikan sebagai penghargaan dan meraikan kakitangan yang memberikan sumbangan, dedikasi dan melaksanakan kerja dengan baik sepanjang tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, perkhidmatan cemerlang serta komitmen terhadap tugas berupaya meningkatkan produktiviti dan kualiti diri setiap pekerja, sekaligus dapat menyumbang kepada kejayaan perbandaran.

“Kakitangan yang menerima anugerah hari ini (semalam) adalah contoh dedikasi tersebut, apabila mereka menunjukkan mutu dan hasil kerja yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

“Perkhidmatan yang diberikan itu wajar dijadikan teladan, sekaligus mendorong semangat serta daya usaha anggota lain untuk terus cemerlang,” katanya ketika berucap pada katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2025, semalam.

Selain 66 kakitangan itu, menurutnya, seramai 30 kakitangan yang berkhidmat selama 20 hingga 30 tahun dan 13 pesara turut diberikan penghargaan pada majlis itu.

Kesemua anugerah serta sijil penghargaan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, Amirudin mengingatkan PKNS supaya bersedia menghadapi sebarang cabaran mendatang dan tidak terbawa-bawa pencapaian serta kejayaan yang dikecapi mereka sebelum ini.

Ujarnya, kerajaan negeri memberikan tugas khas kepada perbadanan tersebut, iaitu dengan membina sebuah pelabuhan di Pulau Carey, Kuala Langat.

“Ini bagi memastikan Selangor kekal sebagai destinasi pilihan kepada pelbagai pihak untuk membuat pelaburan, baik dari dalam dan luar negara.

“Jadi, tindakan PKNS yang kini giat membina banyak kawasan industri dalam negeri merupakan langkah yang betul supaya pelabur tertarik melabur di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN