Warga China tipu urusan beli jam didenda RM20,000

Warga China tipu urusan beli jam didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif teknologi maklumat (IT) warga China didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan menipu dalam urusan jual beli jam tangan mewah jenama Rolex bernilai lebih RM140,000, bulan lalu.

Tertuduh, Wu Zhiwei, 27, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan pilihan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Zhiwei yang baru bekerja di negara ini bulan lalu didakwa menipu jurujual jam tangan mewah berusia 25 tahun sehingga mendorongnya menyerahkan tiga jam tangan Rolex terdiri daripada dua model Datejust 41 dan satu Black Submariner bernilai keseluruhan RM146,657 di sebuah restoran di Jalan Khoo Teik Ee, Dang Wangi, antara 4 dan 16 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, peguam bela, Tan Cheng Yee merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan telah direman selama lima hari yang menurutnya memberi pengajaran bermakna.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira kepentingan awam terutama mangsa yang mengalami kerugian besar melebihi RM100,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN