KYIV: Ukraine menahan tujuh individu termasuk lima remaja yang disyaki merancang serangan sabotaj bagi pihak Russia, menurut Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU). Penahanan itu merupakan yang terbaharu dalam siri tangkapan melibatkan remaja sejak perang Russia-Ukraine bermula lebih tiga tahun lalu. Antara yang ditahan ialah seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dipercayai menyediakan bahan letupan untuk menyerang tentera Ukraine, serta dua remaja lelaki yang didakwa cuba meletupkan kereta polis. Moscow dan Kyiv…










