Tarian bogel: Selangor tiada kaitan penganjuran, serah JAIS siasat

Tarian bogel: Selangor tiada kaitan penganjuran, serah JAIS siasat

Tarian bogel
AMIRUDIN Shari ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Turath Islami Selangor 3.0 dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tiada sebarang kaitan dengan program berunsur motivasi rumahtangga, eHati yang didakwa songsang dan terpesong di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, program itu dianjurkan secara persendirian tanpa melibatkan kerajaan negeri, bagaimanapun beliau prihatin dengan pendedahan mengenainya walaupun berlaku secara tertutup di dalam dewan.

“Kita tidak pasti sangat mengenai perkara itu (penganjuran program) kerana laporan baru diterima tahun lalu. Jadi, saya menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak lain bagi menyiasat terperinci dan mengambil tindakan tegas,” katanya ditemui ketika ditemui pada Festival Turath Islami Selangor 3.0, hari ini.

Menurut Amirudin, maklumat diterima setakat ini hanya berpandukan kepada dakwaan seorang peserta.

“Justeru, pihak berkuasa disaran menjalankan siasatan secara lebih mendalam mengenainya. Kita tengok keadaan dulu dan biar polis dan agensi berkaitan membuat siasatan. Saya pasti benda ini akan terakam sampai ke peringkat itu,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut tidak menolak kemungkinan pengurusan IDCC akan dipanggil bagi memberi keterangan bergantung kepada siasatan kelak.

“Paling penting sekarang, siasatan perlu dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang melanggar peraturan,” jelasnya.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan akan menjalankan siasatan secara terperinci bersama JAIS bagi memastikan kesahihan maklumat berhubung program motivasi itu.

Langkah itu diambil sulaya maklumat diperoleh dengan jelas sebelum sebarang tindakan wajar diambil selaras dengan peruntukan undang-undang.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendedahkan program itu dianjurkan sepasang suami isteri dan dua wanita didakwa turut melakukan tarian bogel.

Selain itu, peserta didakwa diberi sejenis air yang tidak diketahui kandungannya sehingga menyebabkan perubahan emosi dalam tempoh singkat.

Mereka turut dipercayai disuruh melakukan upacara mandi suci dan kelahiran semula yang menyerupai ritual keagamaan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN