KUBANG PASU: Sungai Korok, Jitra di sini telah meragut 10 nyawa dalam tempoh tujuh tahun lalu termasuk kemalangan mengorbankan enam beranak dalam kejadian terbaharu, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, rekod sejak 2018 itu menunjukkan tiga daripada kejadian tersebut melibatkan kemalangan maut dipercayai berpunca akibat pemandu kenderaan hilang kawalan, tergelincir serta kenderaan terbabas ke dalam sungai. “Kes yang paling tragis adalah kemalangan terbaharu pada pagi Sabtu lepas yang mengakibatkan enam beranak terkorban apabila kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum terhumban dalam sungai sepanjang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya