Shanghai siap sedia hadapi ribut Co-May, tsunami

Shanghai siap sedia hadapi ribut Co-May, tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Ribut tropika Co-May melanda timur China hari ini, memaksa Shanghai memindahkan lebih 280,000 penduduk, menghentikan penerbangan dan perkhidmatan feri serta mengenakan had laju di jalan raya dan landasan kereta api.

Ribut itu membadai bandar pelabuhan Zhoushan di wilayah Zhejiang pada awal pagi Selasa, disusuli dengan amaran tsunami berikutan gempa bumi kuat yang melanda timur Russia.

Meskipun angin yang dibawa Co-May lebih lemah berbanding taufan biasa, bandar raya Shanghai dan kawasan lain di Sungai Yangtze tetap mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sekurang-kurangnya 640 penerbangan dijangka dibatalkan di dua lapangan terbang utama Shanghai pada Rabu, termasuk 410 penerbangan di Lapangan Terbang Pudong dan 230 di Hongqiao, menurut pihak berkuasa.

Semua perkhidmatan feri di Shanghai dibatalkan sejak pagi ini, dan pemandu diminta memandu di bawah had laju 60 kilometer sejam (km/j) di lebuh raya.

Taman tema Disneyland dan Legoland di Shanghai masih dibuka, namun beberapa permainan serta persembahan akan digantung buat sementara waktu disebabkan keadaan cuaca.

Lapangan terbang di bandar berhampiran seperti Ningbo, Wenzhou dan Hangzhou turut menyaksikan pembatalan serta pengalihan penerbangan.

Sehingga pagi ini, lebih 75 peratus penerbangan sepanjang hari di Zhoushan dibatalkan.

Beberapa perkhidmatan kereta api di rantau itu digantung sementara, manakala yang lain beroperasi dengan had laju ditetapkan.

Shanghai jarang menerima kesan langsung daripada taufan kuat, yang kebiasaannya melanda kawasan selatan di China.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×