Selangor tubuh jawatankuasa teliti tindakan susulan siasatan insiden Putra Heights

Selangor tubuh jawatankuasa teliti tindakan susulan siasatan insiden Putra Heights

Jawatankuasa Putra Heights
AMIRUDIN Shari mempengerusikan sidang akhbar perkembangan laporan siasatan terhadap insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang turut akan dianggotai oleh pelbagai agensi dan pihak berkaitan Petronas bagi meneliti tindakan susulan berhubung insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jawatankuasa khas itu berfungsi meneliti hasil siasatan termasuk teknikal dan merangka cadangan tindakan undang-undang serta langkah pencegahan jangka panjang.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengenal pasti kelemahan, memperbaiki sistem sedia ada dan mengelak kejadian sama berulang pada masa depan.

“Siasatan sebelum ini dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu diketuai oleh Ketua Polis Selangor bagi menyiasat elemen kecuaian atau perbuatan jenayah.

“Satu lagi siasatan oleh Pasukan Petronas Pipeline (PPP) bersama agensi teknikal lain bagi menyiasat punca dari sudut teknikal,” katanya pada sidang akbar di Wisma Dewan Annexe di sini, petang ini

Menurut Amirudin, siasatan insiden pada 1 April lalu dijalankan secara menyeluruh selama hampir tiga bulan dengan melibatkan lebih 35 agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Petronas.

“Tiga aspek utama dikenal pasti bagi siasatan teknikal terutma faktor keutuhan dan kemampuan saluran paip gas Petronas, keadaan tanah dan struktur kawasan sekitar.

“Ia juga melibatkan kegiatan luaran atau aktiviti manusia yang mungkin menyumbang kepada insiden letupan itu,” jelasnya.

Tegas beliau, laporan siasatan selesai sepenuhnya pada 26 Jun lalu dan kini memasuki fasa tindakan susulan yang lebih penting.

“Kerajaan negeri akan meneliti semua cadangan daripada jawatankuasa khas itu termasuk aspek perundangan bagi membentuk satu pelan tindakan komprehensif agar insiden seumpama tidak berulang.

“Hampir semua aspek bantuan dan pemulihan kepada mangsa telah dilaksanakan dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri, persekutuan dan agensi berkaitan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN