RMK13: Hanya calon layak dipilih jadi guru

RMK13: Hanya calon layak dipilih jadi guru

CALON yang benar-benar layak dan memenuhi syarat sahaja akan dipilih dan dilantik menjadi guru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik mekanisme pengambilan guru daripada pelbagai sumber secara terbuka bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak, berpotensi dan komited terhadap dunia pendidikan diberi peluang menjadi pendidik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan sistem pendidikan negara ditunjangi oleh tenaga pengajar yang kompeten serta profesional.

“Kita mahu pastikan mereka yang dipilih menjadi guru bukan sahaja memenuhi syarat kelayakan tetapi juga memiliki kesungguhan dan minat mendalam terhadap profesion perguruan,” katanya semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Anwar, selain menambah baik proses pengambilan guru, kerajaan juga akan melaksanakan program latihan serta peningkatan kemahiran secara berterusan untuk warga pendidik.

“Guru adalah akar kepada sistem pendidikan negara. Maka kompetensi dan profesionalisme mereka perlu sentiasa dipertingkat seiring perkembangan zaman dan keperluan murid,” jelas beliau.

Katanya, langkah ini akan memastikan sektor pendidikan negara terus cemerlang dan relevan dalam membentuk generasi masa depan yang berilmu serta berdaya saing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×