RMK13: 10 peratus pekerja asing menjelang 2030

RMK13: 10 peratus pekerja asing menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan sasaran untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing daripada 15 peratus kepada hanya 10 peratus menjelang 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu akan dilaksanakan menerusi penguatkuasaan menyeluruh terhadap Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat bagi menggalakkan majikan beralih kepada penggunaan automasi, mekanisasi serta memberi keutamaan kepada pengambilan pekerja tempatan.

“Pelaksanaan mekanisme ini juga akan mengubah struktur ekonomi negara supaya lebih berdaya saing, selain mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing berkemahiran rendah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, pada masa sama, kerajaan turut komited memperluas perlindungan sosial kepada pekerja menerusi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja.

“Skim ini akan menyediakan perlindungan insurans sosial yang menyeluruh, termasuk meliputi kejadian di luar waktu kerja,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN