Rampasan ganja: Reman pemandu e-hailing, peniaga ayam disambung

Rampasan ganja: Reman pemandu e-hailing, peniaga ayam disambung

MOHD. Yusoff Mamat bersalam dengan pegawainya semasa perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perintah reman ke atas pasangan suami isteri yang disyaki aktif mengedar dadah dengan berselindung sebagai pemandu e-hailing dan peniaga ayam disambung selama tujuh hari.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, perintah reman yang bermula hari ini itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berkait rampasan dadah tersebut.

“Kedua-dua suspek dijangka dituduh di mahkamah pada 21 Julai ini. Setakat ini kita masih belum temui petunjuk yang boleh mengaitkan kedua-dua mereka dengan sindiket dadah lain,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, taktik licik sepasang suami isteri yang disyaki aktif mengedar dadah dengan menyamar sebagai pemandu e-hailing dan peniaga ayam terbongkar selepas ditahan polis di Jalan Padang Sembilan, Kuala Krai, Jumaat lalu.

Pasangan berusia 31 dan 49 tahun itu ditahan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) pada pukul 4 pagi selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan.

Jumlah keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan berjumlah RM3.1 juta.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN