Rakyat wajar sambut baik pengumuman PM - Amirudin

Rakyat wajar sambut baik pengumuman PM – Amirudin

Pengumuman
AMIRUIDIN Shari bergambar bersama tetamu dan peserta pada Program Bizmatch Mega PKNS 2025, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Langkah-langkah diambil kerajaan seperti penurunan harga petrol RON95, pelaksanaan Sejahtera Madani dan sebagainya menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar disambut baik oleh rakyat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia secara tidak langsung menunjukkan usaha kerajaan terutama menurunkan harga petrol yang ketika ini berada pada paras RM2.05.

“Secara literal atau harafiahnya memang Perdana Menteri menurunkan harga minyak. Kalau tanya Perikatan Nasional (PN) meraka akan tafsir macam-macam sampai kiamat.

“Perdana Menteri menerangkan harga minyak seliter adalah RM2.05 dan diturunkan kepada RM1.99. Beliau menerangkan lagi kosnya adalah RM2.50 maknanya ia disubsidikan sebanyak 45 sen seliter,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bizmatch Mega PKNS 2025, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat kepada RM1.99 seliter sebelum akhir September ini.

Selain itu, Anwar juga mengumumkan setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025.

Amirudin berkata, bantuan yang diberikan secara sekali itu diyakini mampu merancakkan ekonomi dalam kalangan usahawan-usahawan kecil khususnya di Selangor.

“Kira-kira 10 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas akan mendapat manfaat daripada bantuan tersebut yang dianggarkan bernilai RM3 bilion.

“Walaupun nilainya agak kecil (RM100) seorang, bantuan kepada rakyat akan menggerakkan (ekonomi mereka) termasuk perniagaan usahawan-usahawan. Ia adalah pemberian tunai bersasar yang progresif,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN