KUBANG PASU: “Saya hendak jadi juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Saya akan ingat pesan umi dan walid supaya belajar bersungguh-sungguh.” Demikian kata Putri Qisya Nur Izat Mohamad Azim Izat, 12, anak sulung pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan isteri, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi yang ditemukan lemas di Sungai Korok, Jitra di sini semalam. Katanya, meskipun masih bersedih, dia perlu terus kuat untuk meneruskan kehidupan…










