5 selebriti popular kini bergelar CEO - Utusan Malaysia

5 selebriti popular kini bergelar CEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK mahu kekal berada dalam zon selesa, beberapa selebriti popular Indonesia terus meneroka potensi diri mereka dengan terjun ke dalam bidang perniagaan yang jauh berbeza dengan kerja seharian mereka.

Memaksimumkan populariti yang diraih dan sokongan peminat yang tidak berbelah bagi, berikut adalah senarai selebriti tanah seberang yang telah bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan berpengaruh dalam dunia perniagaan moden.

Ruben Onsu – Syarikat makanan

Ruben Samuel Onsu atau lebih mesra dikenali sebagai Ruben Onsu merupakan antara pengacara popular di Indonesia sejak 1990-an. Di saat nama masih menjadi tumpuan, beliau mengambil kesempatan terjun ke dalam bidang makanan dengan bergelar CEO PT Onsu Pangan Perkasa.

Jenamanya terkenal dan sudah pun menembusi pasaran makanan seluruh Indonesia. Antara rangkaian makanannya yang popular ialah Geprek Bensu dan Bensu Bakso. Beliau figura yang dihormati bukan sahaja di pentas seni tetapi juga di kalangan usahawan.

Nagita Slavina -Syarikat minuman

Pelakon, Nagita Slavina boleh dikatakan antara selebriti yang bukan sahaja menonjol sebagai anak seni, tetapi juga sebagai usahawan. Isteri kepada Raffi Ahmad ini mengusahakan syarikat minuman yang memiliki lebih 700 outlet.

Selain itu, Nagita turut terlibat sebagai CEO dalam RANS Entertainment, entiti perniagaan keluarga yang merangkumi pelbagai bidang seperti makanan, kosmetik, fesyen dan konten digital. Banyak videonya melibatkan artis seluruh dunia terutama selebriti Korea Selatan menjadi tular dan meraih pujian peminat.

Luna Maya – Syarikat kecantikan

Luna Maya telah lama menjadi salah satu model dan selebriti paling popular di Indonesia. Bukan hanya kualiti kerjayanya tetapi juga penampilan dirinya yang elegan dan anggun walaupun sudah mencecah usia 42 tahun. Sejak 2019 lagi, Luna sebenarnya sudah menunjukkan taringnya sebagai CEO NAMA Beauty, iaitu jenama kosmetik dengan konsep Direct‑to‑Consumer.
Ini menunjukkan kebolehannya menerjemahkan populariti ke dalam perniagaan yang matang dan kompetitif.

Maudy Ayunda – Syarikat kecantikan

Berbeza dengan selebriti lain, Maudy Ayunda menonjol bukan sahaja dalam dunia hiburan tetapi juga dalam dunia akademik dan sosial. Beliau memulakan karier sebagai pelakon dan penyanyi popular, sebelum melangkah lebih jauh ke arena pendidikan apalagi selepas lulus daripada universiti terhebat dunia iaitu Oxford dan Stanford.

Maudy memulakan langkahnya sebagai CEO From This Island iaitu sebuah syarikat penjagaan diri yang memberi ruang kepada ekspresi budaya dan kolaborasi seni moden. Produk yang dihasilkannya juga diambil daripada bahan semula jadi daripada kepulauan Indonesia.

Daniel Mananta – Ikon fesyen

Nama Daniel Mananta tidak asing lagi bagi generasi muda Indonesia yang selalu muncu di kaca televisyen sehingga rancangan audio siarnya yang sering tular.
Namun lebih membanggakan ialah kejayaannya dalam dunia perniagaan. Daniel adalah CEO jenama fesyen ‘DAMN! I Love Indonesia’, jenama yang bukan sahaja melambangkan nilai kebanggaan nasional tetapi juga telah menarik minat pembeli dari luar negara.

Produk‑produknya kini menjadi cenderahati yang dicari oleh pelancong yang berkunjung ke Indonesia. Daniel memulakan syarikatnya itu pada 2008 sebagai lambang cintanya kepada Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN