ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menggantikan kerajaan sedia ada kerana mendakwa mempunyai rekod dan pengalaman yang lebih baik sewaktu mentadbir negara ketika era pandemik Covid-19 lalu. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN akan menghapuskan amalan-amalan yang dilakukan Kerajaan Perpaduan hari ini sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara kelak. Kata beliau, kerajaan baharu yang akan menggantikan kerajaan sedia ada sudah tentu akan menyediakan kerangka dasar yang lebih baik…