PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, proses pelantikan hakim-hakim di negara ini dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah mencampurinya. Perdana Menteri berkata, proses pelantikan hakim melibatkan beberapa peringkat termasuk cadangan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, penilaian Perdana Menteri, perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan pembentangan kepada Majlis Raja-Raja. Katanya, sebagai Perdana Menteri, keutamaan beliau adalah mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan menjamin agar tiada mana-mana pihak termasuk elit politik atau kumpulan berkepentingan mampu…