PUTRAJAYA: Krisis kehakiman bakal berakhir apabila Majlis Raja-Raja akan mengumumkan pelantikan jawatan Ketua Hakim Negara hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan perbincangan panjang bersama Majlis Raja-Raja pagi semalam dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan. “Kini, setelah lebih dua setengah tahun saya memegang jawatan, saya tidak pernah berbincang dengan mana-mana hakim tentang sebarang kes, tidak dengan Ketua Hakim Negara, mahupun dengan mana-mana…