IPOH: Kawasan paya gambut di Hutan Simpan Pondok Tanjung yang diteroka untuk pembangunan pertanian menjejaskan sumber air Tasik Bukit Merah, di Bagan Serai menyebabkan tasik tersebut kering setiap kali musim kemarau. Selain hutan simpan tersebut, satu lagi kawasan berpaya gambut yang menjadi sumber air tasik itu, iaitu Lembah Beriah di sini pula ditebus guna untuk pertanian dan pembangunan bandar, juga menjejaskan sumber air semula jadi tasik tersebut. Paya gambut penting…