PETALING JAYA: Enam pertubuhan masyarakat sivil (CSO) menolak sebarang cubaan menukar kerajaan pada pertengahan penggal melalui jalan pintas kerana dikhuatiri menggagalkan pelaksanaan reformasi institusi secara menyeluruh dan konsisten. Dalam kenyataan bersama, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center), Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Projek Sama, Pusat KOMAS dan Badan Ketelusan Antarabangsa Malaysia menegaskan bahawa kestabilan politik merupakan asas utama bagi memastikan…