BANGKOK: Sekurang-kurangnya sembilan maut, manakala dua lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang mercun di tengah Thailand hari ini.
Letupan berlaku sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan, di daerah Mueang, di wilayah Suphan Buri, terletak di utara Bangkok.
Ketua Polis Daerah, Wanchai Khaoram berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan.
“Setakat ini, sembilan maut dan dua cedera sedang dirawat di hospital berhampiran,” katanya kepada AFP.
Kebakaran kilang merupakan kejadian biasa di Thailand, berikutan penguatkuasaan peraturan keselamatan yang lemah.
Tahun lalu, letupan di sebuah kilang mercun di wilayah sama, meragut sekurang-kurangnya 23 nyawa.- AFP









