BESUT: Isi tebal dan manis membuatkan durian kampung dari Hulu Besut, di sini mendapat permintaan tinggi dan setanding dengan buah durian kacukan. Keistimewaannya itu menyebabkan durian kampung terbabit mempunyai peminat tersendiri dan menjadi buruan setiap kali musim buah-buahan. Seorang pemborong buah, Kamaruddin Che Umar, 67, berkata, peminat buah durian Hulu Besut bukan hanya dari Terengganu malah mendapat permintaan yang tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor. “Isinya tebal, lemak dan manis…