Kota Kemuning, Kampung Medan bertekak isu Putra Heights

DUN Selangor: Kota Kemuning, Kampung Medan bertekak isu Putra Heights

Putra Heights
DR. Afif Bahardin mempertikai tuduhan dilemparkan S. Preakas ketika sesi perbahasan insiden tragedi Putra Heights, pada Sidang DUN Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, S. Preakas mencetuskan kekecohan apabila menuduh pembangkang sebagai pengecut kerana tidak menghadiri sesi taklimat berhubung insiden Putra Heights, semalam.

Situasi tersebut berlaku ketika sesi perbahasan yang dimulakan oleh ADUN Taman Medan, Dr. Afif Bahardin sebelum wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu turut dituduh sedemikian ketika mempertikai tindakan pembangkang enggan menghadiri sesi penerangan Jawatankuasa Teknikal.

You are coward, don’t want to come and you are talking a lot (Kamu pengecut, tidak mahu hadir pada sesi penerangan dan bercakap banyak). Semua (maklumat mengenai insiden itu) diberikan kepada kamu secara transpirasi,” kata Preakas kepada Afif pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Bagaimanapun, Dr. Afif yang Berang dakwaan itu meminta Timbalan Speaker, Mohd. Kamri Kamaruddin mengarahkan Preakas menarik balik perkataan pengecut.

Tegasnya, ahli pembangkang bukannya bacul, sebaliknya berani untuk membahaskan insiden tersebut dalam sidang DUN.

“Kamu yang pengecut. Buat taklimat tertutup, pengecut, penakut. We are talking about the people here (Kita di sini bercakap mengenai isu mangsa).

“Semasa kami tunggu (sesi penerangan semalam) kami tengok Menteri Besar Selangor pun tak datang. Sebelum ini pun, kita sudah minta (sesi taklimat terbuka) dibuka dari awal lagi.

“Kenapa ada taklimat tertutup dan taklimat sepatutnya dipengerusikan oleh Menteri Besar. Sebelum itu, buat taklimat tetapi tak panggil kami (ahli pembangkang),” tempelaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN