China berdepan ancaman hujan lebat luar biasa

China berdepan ancaman hujan lebat luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China kini berdepan ancaman hujan lebat ‘luar biasa’ dalam kejadian cuaca ekstrem terbaharu yang meragut beberapa nyawa dan menyebabkan banjir di sebahagian bandar di negara itu.

Hujan lebat dijangka melanda beberapa bahagian di utara dan timur laut China minggu ini, termasuk bandar utama seperti Beijing dan Tianjin, sekali gus meningkatkan risiko bencana geologi serta banjir.

Menurut jabatan kaji cuaca, beberapa kawasan di wilayah Jilin dan Heilongjiang juga dijangka mengalami ribut petir buruk atau hujan batu, selain kemungkinan puting beliung.

Cuaca ekstrem sedang melanda seluruh dunia, mencetuskan kebakaran hutan, banjir dan menguji ketahanan infrastruktur.

Di China, gelombang haba dan hujan berterusan memberi tekanan kepada grid kuasa serta menganggu pengeluaran bijirin.

Di wilayah Guangxi, selatan China, lebih 400 pelajar dan guru terkandas di sebuah daerah selepas banjir besar melanda akibat hujan lebat, lapor media tempatan.

Di bahagian utara China, perkhidmatan pengangkutan awam dan sesi persekolahan digantung di beberapa kawasan di wilayah Hubei selepas dilanda banjir besar.

Di wilayah jiran, Henan, hujan lebat luar biasa dalam tempoh singkat mengakibatkan beberapa individu dilaporkan hilang, dengan lima kematian disahkan.

Di ibu negara, Beijing turut mengaktifkan respons kecemasan banjir di seluruh bandar hari ini, dengan pihak berkuasa menggesa agensi kerajaan memantau paras hujan serta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.

Beberapa kawasan di Shanxi, termasuk wilayah Sichuan, Gansu dan rantau Tibet, dijangka menerima hujan lebat sepanjang minggu ini, dengan jumlah kumulatif di sesetengah kawasan diramalkan melebihi 400mm, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan semalam.- BLOOMBERG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN