NEW DELHI: Seorang kanak-kanak lelaki dan dua rakannya disiasat pihak berkuasa selepas dirakam melakukan aksi berbahaya dengan berbaring di atas landasan ketika sebuah kereta api melintas di daerah Boudh, timur India. Insiden yang mengancam nyawa itu berlaku berhampiran kampung Talupali, berdekatan stesen Purunapani, pada 29 Jun lalu. Dalam video tular di platform berita tempatan, budak lelaki yang dipercayai berusia 12 tahun itu dilihat berbaring di atas rel ketika sebuah kereta…