SEOUL: Seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an maut selepas ditembak oleh bapanya sendiri dalam satu kejadian mengejutkan di sebuah pangsapuri di Songdo International City, barat Seoul, pada hujung minggu lalu. Menurut Balai Polis Yeonsu di Incheon, pihaknya menerima panggilan kecemasan lewat malam Ahad mengenai kejadian tembakan di sebuah kediaman bertingkat di kawasan moden tepi laut itu. Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Susulan insiden itu, pasukan pemusnah bom dikerahkan ke lokasi kejadian dan memindahkan puluhan penduduk sebagai langkah berjaga-jaga. Bapa mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya