Putera Andrew bakal hidup dalam buangan di UAE?

Putera Andrew bakal hidup dalam buangan di UAE?

PUTERA ANDREW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas Putera Diraja Britain, Andrew Windsor yang dilucutkan gelaran serta kediaman rasmi berikutan kaitannya dengan pesalah seks Jeffrey Epstein mungkin menjalani kehidupan dalam buangan di sebuah istana mewah di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Anak kedua kepada mendiang Ratu Elizabeth II itu kini menjadi individu paling tidak disenangi dalam kalangan rakyat Britain, hingga mendorong penganalisis istana percaya beliau akan meninggalkan tanah air.

Andrew, 65, yang sebelum ini menetap di kediaman Royal Lodge di Windsor diarah keluar dan akan diberikan tempat tinggal sementara di kawasan estet diraja Sandringham atas ihsan Raja Charles III.

Namun, sumber rapat dengan keluarga diraja mendakwa destinasi seterusnya bagi Andrew ialah Abu Dhabi dengan beliau ditawarkan sebuah istana dengan kawalan keselamatan setaraf “Fort Knox”.

Sejarawan dan penulis biografi diraja, Andrew Lownie, pengarang buku Entitled: The Rise and Fall of the House of York berkata, Andrew mungkin lebih selesa tinggal di negara yang mempunyai kawalan ketat terhadap media.

“Beliau akan gembira tinggal di tempat dengan media dikekang, status dirajanya masih dihormati dan kehidupan peribadinya tidak menjadi tumpuan umum,” katanya.

Menurut laporan, pemerintah UAE yang juga antara individu terkaya dunia menawarkan Andrew sebuah kediaman seluas kira-kira 16,000 kaki persegi, lengkap dengan pantai persendirian dan sistem keselamatan bertaraf tinggi.

Kediaman berkenaan dikatakan mempunyai enam bilik tidur mewah, gimnasium, kolam renang tertutup, pawagam mini, dapur besar yang dikendalikan oleh chef profesional serta dilengkapi sistem pendingin hawa sepenuhnya.

Istana itu terletak di dalam kawasan kediaman diraja yang dijaga rapi dengan dua lapisan kawalan keselamatan di pintu masuk serta pagar lindungan setinggi 30 kaki dan antara penghuni lain di kawasan itu termasuk kerabat diraja tempatan dan menteri kerajaan UAE.

Keselamatan di kawasan tersebut dikawal oleh pegawai kerajaan yang mengawasi setiap kenderaan yang keluar masuk, manakala pengawal tambahan di pondok pengawal memeriksa pengenalan semua pelawat dan hanya penduduk, tetamu, dan kakitangan yang mempunyai kebenaran rasmi dibenarkan masuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN