Ujian buat Tuan Muhammad Adham

Ujian buat Tuan Muhammad Adham

TUAN Muhammad Adham Tuan Adnan (kanan) bersama bapanya ketika ditemui di Kampung Alor Keladi, Besut, Terengganu. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Ujian berganda buat penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tuan Muhammad Adham Tuan Adnan apabila patah tangan kiri akibat nahas bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak, baru-baru ini dan kini ibunya pula terlantar di hospital.

Tuan Muhammad Adham, 21, berkata, ibunya, Zunidah Ibrahim, 51, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan dimasukkan ke Hospital Besut pada 13 Jun lalu ketika dia dalam perjalanan pulang dari Hospital Taiping, Perak setelah menjalani pembedahan memasukkan besi di bahagian tangan yang patah.

“Saya hanya mengetahui ibu dimasukkan ke hospital apabila diberitahu abang yang mengiringi dan menjaga saya di hospital sebelum ini. Dalam fikiran saya ketika itu hanya ingin berjumpa serta melihat keadaan ibu. Ketika itu, perasaan bercampur aduk dan takut tidak sempat berjumpa dengan ibu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Alor Keladi di sini, semalam.

Tuan Muhammad Adham ber­kata, ibunya disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap enam sejak awal tahun lalu serta mempunyai masalah kesihatan lain seperti darah tinggi dan diabetes.

Menurutnya, tangan kirinya dimasukkan besi dan menerima 24 jahitan yang dijadualkan dibuka pada 25 Jun ini.

Sementara itu, bapanya, Tuan Adnan Nik Him, 60, berkata, dia reda dengan ujian yang diberikan buat keluarganya dan mene­rimanya dengan hati yang terbuka.

“Saya adalah OKU penglihatan dan fizikal, saya mengalami kesukaran untuk bergerak. Ketika anak bongsu saya kemalangan itu, saya terpaksa meminta bantuan adik untuk pergi ke Perak.

“Waktu itu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik dan menyerah semuanya kepada aturan Allah SWT, selain menunggu berita daripada bapa saudaranya yang ke Hospital Tai­ping,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×