MELAKA: Remaja lelaki berusia 17 tahun yang menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan ibu dan abangnya di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai di sini, kelmarin disifatkan jiran-jiran terdekat sebagai seorang pendiam dan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku mencurigakan. Sepanjang tiga tahun berjiran dengan keluarga itu, Yuliyani Md. Tuin, 34, mengakui terkejut apabila mengetahui suspek bertindak demikian dan turut mencederakan adik bongsunya. Yuliyani berkata, keluarga itu tidak pernah menimbulkan sebarang masalah…