KUALA LUMPUR: Pelakon, Meor Mohd, mengaku kurang senang dengan sikap negatif yang ditunjukkan segelintir pelakon popular di set penggambaran.
Katanya, sikap pelakon-pelakon berkaitan, yang antaranya datang lambat, mengundang keburukan dan menyusahkan ramai pihak.
“Saya cintakan bidang kerja ini dan seronok mengikuti prosesnya.
“Tapi saya tak suka dengan sikap negatif sesetengah pelakon yang bukan sahaja datang lewat malah tak bersedia. Ada dalam kalangan mereka ini yang ‘ada nama’.
“Nak jadi sombong, terpulang. Tapi memang orang akan geram kalau datang lewat, pinjam skrip pelakon lain dan baru nak hadam watak,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pelakon filem Balas Balik itu dalam masa yang sama berharap sikap demikian dapat dikikis kerana ia berpotensi mencacatkan industri drama dan perfileman.
“Kita kena serius dalam bekerja kerana hasil kerja inilah yang kita guna untuk sara keluarga,” ujarnya. – UTUSAN