Restoran guna logo halal tanpa kelulusan diserbu - Utusan Malaysia

Restoran guna logo halal tanpa kelulusan diserbu

ANGGOTA penguat kuasa semasa melakukan pemeriksaan ke atas sebuah restoran yang menggunakan logo halal tanpa kelulusan di Kota Bharu, Kelantan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taktik sebuah restoran di sini menggunakan logo halal tanpa kelulusan terkongkar selepas diserbu anggota penguat kuasa kelmarin.

Serbuan pukul 11 pagi itu dilakukan menerusi operasi bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Raya Islam (MPKB-BRI).

Pengarahnya Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati premis telah menggunakan logo halal tanpa kelulusan sah daripada pihak berkuasa agama.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati premis berkenaan telah melanggar Perintah 8 (a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Pada masa sama, KPDN Kelantan turut merampas salinan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), lesen pihak berkuasa tempatan (PBT), pelekat dan kain rentang tertera logo perbahasan halal,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, penguatkuasaan berkaitan penyalahgunaan logo halal akan terus dilaksanakan bagi memastikan penyalahgunaan itu dapat dikekang sebaik mungkin.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN