PN tidak berminat dengan Rafizi, Nik Nazmi, Tengku Zafrul

PN tidak berminat dengan Rafizi, Nik Nazmi, Tengku Zafrul

TAKIYUDDIN Hassan semasa sidang media di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) tidak berminat mengajak dua bekas pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad termasuk Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dari UMNO untuk bersama gabungan itu.

Ketua Whipnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, gabungan itu tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mereka semasa sidang parlimen.

“Jika mereka mahu sertai PN, itu atas mereka sendiri. Namun, Rafizi dan Nik Nazmi tertakluk kepada isu lompat parti,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Tengku Zafrul yang keluar dari UMNO dan mahu menyertai PKR, Setiausaha Agung Pas itu memberitahu, ia disifatkan sebagai tidak berpendirian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN