MB Perlis kalah pemilihan YDP Pas kawasan Arau

MB Perlis kalah pemilihan YDP Pas kawasan Arau

MOHD. Shukri Ramli (kiri) tewas bagi jawatan Yang Dipertua Pas kawasan Arau kepada Solahudin Azmi (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemilihan Pas kawasan Arau menyaksikan kejutan apabila Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli tewas bagi jawatan Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan berkenaan.

Mohd. Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas negeri memperolehi 43 undi tewas kepada penyandang, Solahudin Azmi, menerima sebanyak 128 undi.

Manakala bagi jawatan Timbalan YDP, Speaker kerajaan negeri, Ruselee Eizan gagal mempertahankan kedudukan tersebut selepas tewas kepada Mohd Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji merangkap Exco kerajaan negeri.

Mohd. Ridzuan memperolehi 135 undi jauh meninggalkan Ruselee yang menerima 34 undi.

Bagi jawatan Naib YDP kawasan, seorang lagi Exco kerajaan negeri, Razali Saad yang memperolehi 39 undi tewas kepada Mohd Yusairi Mansor yang mendapat 130 undi.

Pas kawasan Arau mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini dengan membabitkan 173 perwakilan daripada 60 cawangan.

Mengulas mengenai keputusan tersebut, Solahuddin yang berjaya mempertahankan jawatan YDP Pas kawasan Arau berkata, keputusan tersebut menunjukkan keyakinan perwakilan terhadap barisan gandingan kepimpinan kawasan sedia ada.

Bagaimanapun katanya, ia tidak menjejaskan peranan dan sumbangan besar pemimpin kerajaan negeri dalam memacu pentadbiran berlandaskan prinsip Islam dan jemaah.

“Kekalahandalam pemilihan bukan bermaksud ahli menolak kepimpinan kerajaan negeri, sebaliknya ia adalah proses biasa dalam budaya politik Pas yang matang. 

“Pertandingan dalam pemilihan tersebut membuktikan bahawa Pas mengamalkan demokrasi tulen di peringkat akar umbi.

“Kekalahan (pemimpin kerajaan negeri) bukan satu isyarat penolakan, sebaliknya peluang untuk mengukuhkan lagi peranan masing-masing dalam saf kepimpinan jemaah,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN