Lombong emas haram diserbu - Utusan Malaysia

Lombong emas haram diserbu

ALATAN yang digunakan untuk melombong emas secara haram di Felcra Air Degong, Mukim Tepi Sungai Jeli, Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.-IHSAN IPD JELI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Polis menyerbu sebuah lombong emas yang beroperasi secara haram di Felcra Air Degong, Mukim Tepi Sungai Jeli, Ayer Lanas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, serbuan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) itu membawa kepada rampasan tujuh unit mesin pam air.

“Selain itu, kita turut merampas dua unit mesin palong yang dipercayai digunakan untuk aktiviti melombong emas secara haram,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, semasa serbuan seorang individu yang dipercayai pekerja lombong berkenaan berjaya melarikan diri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN