JERANTUT: Lebih 40 kubur lama dipercayai milik penduduk asal, pedagang, pendakwah dan pahlawan Kampung Gintong di sini, lenyap akibat hakisan serta runtuhan tebing Sungai Pahang sejak beberapa dekad lalu. Tapak perkuburan yang dipercayai berusia lebih 150 tahun itu musnah secara beransur-ansur sejak banjir besar 1970, selain runtuhan besar yang berlaku ketika banjir pada 1986. Penduduk kampung, Razak Daud, 65, berkata, tanah kubur lama itu pernah menjadi laluan utama mereka ke…