PETALING JAYA: Punca utama nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan adalah disebabkan tindakan pemandu lori Tipper yang masuk ke lorong bertentangan. Tindakan itu mengakibatkan pelanggaran dengan lori FRU yang ketika itu berada di arah bertentangan sehingga mengakibatkan sembilan anggotanya maut manakala sembilan lagi cedera. Itu hasil dapatan Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam Laporan Awal Penyiasatan Keselamatan…