Jauh, berbukit cabaran bomba di JRTB

Jauh, berbukit cabaran bomba di JRTB

MOHD. Azizan Aziz (kanan) ketika melihat lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas membawa penuntut UPSI Kilometer 53, Jalan Raya Timur Barat dekat Gerik, Perak baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kes nahas bas melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini membuka kisah cabaran sebenar dihadapi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBTM) setiap kali tragedi berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB).

Seperti kejadian mengorbankan 15 nyawa penuntut UPSI tersebut, lokasi kejadian di Kilometer 53 JRTB itu adalah berada di kawasan puncak Titiwangsa.

Berdasarkan laporan yang diterima oleh media pada awal pagi Isnin lalu, JBPM menerima panggilan pada pukul 1.04 pagi dan masa jentera sampai pula adalah sejam kemudian untuk jarak sepanjang 60 kilometer.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, antara cabaran pihaknya adalah lokasi yang jauh dan laluan yang mempunyai banyak selekoh serta bentuk muka bumi yang berbukit.

“Sekiranya kes berlaku pada waktu malam, keadaan jalan pula gelap,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, dalam kejadian tersebut baru-baru ini, ia berlaku dalam sempadan Perak dan menjadi kawasan seliaan JBPM Perak.

Katanya, jarak untuk sampai ke sempadan Kelantan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik adalah 91.5 kilometer dan mengambil masa selama satu jam 45 minit.

“Bergantung kepada keada­an trafik semasa. Cabaran kami juga adalah ancaman binatang liar seperti gajah. Selain itu terdapat beberapa lokasi di sepanjang jalan yang tiada talian komunikasi,” katanya.

Lokasi kemalangan bas melibatkan pelajar UPSI itu juga difahamkan adalah kawasan lazim bagi kemunculan gajah dan kadangkala harimau.

Sementara itu, menceritakan detik menyelamat pada tengah malam tersebut, Mohd. Azizan berkata, ia adalah operasi paling menyayat hati yang pernah disertainya.

“Ada mayat yang berada di dalam longkang dan atas rail (besi penghadang jalan). Sepanjang perkhidmatan saya di sini, ini kemalangan terbesar melibatkan paling ramai mangsa iaitu 48 orang,” luahnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×