Isteri maut dikelar suami, cuba bakar rumah mentua - Utusan Malaysia

Isteri maut dikelar suami, cuba bakar rumah mentua

SEORANG lelaki turut cuba membakar rumah dan kenderaan milik keluarga ibu mentuanya di Lenga, Pagoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang wanita maut dipercayai dikelar suaminya di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, di sini petang semalam.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an turut cuba membakar rumah dan kenderaan milik keluarga ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar malam tadi selepas mengelar isterinya.

Walau bagaimanapun, suspek berjaya diberkas pihak polis pada pukul 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun tidak memberikan maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN