Istana Presiden nafi Prabowo minum arak, hanya jus epal

Istana Presiden nafi Prabowo minum arak, hanya jus epal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Istana Presiden menafikan dakwaan minuman beralkohol dihidangkan kepada Presiden Prabowo Subianto semasa majlis makan malam gala bersama rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron, minggu lalu.

Timbalan Protokol, Akhbar dan Media di Sekretariat Presiden, Yusuf Permana menjelaskan, minuman tersebut hanyalah jus epal.

“Kami ingin memaklumkan beliau hanya minum jus epal. Istana tidak menyediakan sebarang minuman beralkohol,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, Jumaat lalu.

Prabowo menganjurkan majlis makan malam gala bagi menyambut kedatangan Macron di Istana Presiden di Jakarta.

Sepanjang majlis tersebut, kedua-dua pemimpin dilihat bersulang dengan gelas berisi air berwarna keemasan.

Detik itu mencetuskan perbincangan di media sosial, dengan warganet mendakwa minuman itu beralkohol atau champagne.

Dalam ucapannya semasa majlis itu, Prabowo menyatakan penghormatan beliau kerana dapat menyambut Macron dan isteri, Brigitte, ke Indonesia, sambil menekankan hubungan erat dan kukuh antara Perancis serta Indonesia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas jemputan Macron untuk menghadiri sambutan Hari Bastille pada 14 Julai 2025, dan menyampaikan penghargaan tersebut bagi pihak negara serta peribadi.

“Saya menjemput semua yang hadir untuk mengangkat gelas kita, minum bagi meraikan kesihatan Presiden Republik Perancis serta untuk kesejahteraan kedua-dua negara, bangsa Perancis dan Indonesia. Viva la France, Viva la Indonesia,” kata Prabowo sambil mengangkat gelas dan meminumnya.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN