Israel serang Teheran, sasar tapak nuklear, ketenteraan Iran

Israel serang Teheran, sasar tapak nuklear, ketenteraan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Israel melancarkan serangan ke atas ibu negara Iran awal pagi ini, dengan letupan bergema di seluruh Teheran ketika rejim mendakwa menyasarkan tapak nuklear dan ketenteraan.

Serangan berlaku ketika ketegangan memuncak akibat program nuklear Iran yang semakin berkembang.

Semalam, Lembaga Gabenor di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun mengecam Iran kerana tidak bekerjasama dengan pemeriksanya.

Iran segera mengumumkan akan mwujudkan tapak pengayaan ketiga di negara itu dan menukar beberapa emparan dengan yang lebih maju.

Israel sejak sekian lama memberi amaran tidak akan membenarkan Iran membina senjata nuklear, sesuatu yang dinafikan oleh Teheran walaupun pegawainya berulang kali memberi amaran boleh membinanya.

Amerika Syarikat (AS) pula bersiap sedia terhadap kemungkinan insiden berlaku, termasuk menarik beberapa diplomat dari ibu negara Iraq dan menawarkan pemindahan secara sukarela kepada keluarga anggota tentera di rantau Asia Barat.

Masih belum jelas apa yang disasarkan dalam serangan awal hari ini, walaupun kelihatan kepulan asap dari kawasan Chitgar, sebuah kejiranan di barat Teheran.

Tiada tapak nuklear yang diketahui terletak di kawasan tersebut, namun masih belum dipastikan sama ada berlaku di bahagian lain negara itu.

Seorang pegawai tentera Israel mendakwa, negaranya menyasarkan tapak nuklear Iran, tanpa mengenal pasti lokasi tersebut.

Harga minyak mentah Brent melonjak hampir lima peratus susulan serangan itu.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengesahkan bahawa negaranya melancarkan serangan tersebut tanpa menyatakan sasaran khusus.

“Ekoran daripada serangan pencegahan negara Israel terhadap Iran, serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel dan penduduk awal dijangka berlaku dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Katz menandatangani perintah khas bagi mengisytiharkan situasi kecemasan di bahagian hadapan dalam negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN