JAKARTA: Indonesia mengurangkan rancangan perbelanjaan program makanan percuma kepada golongan pelajar yang masih berpotensi menjadi kedua termahal di dunia. Keputusan itu dilaporkan memberi sedikit kelegaan terhadap tekanan fiskal dan unjuran defisit ketika Presiden, Prabowo Subianto meneruskan pelbagai projek mega yang menelan kos tinggi. Menurut Ketua Agensi Pemakanan Kebangsaan yang baru ditubuhkan, Dadan Hindayana, perbelanjaan yang dirancang untuk melaksanakan program menyasarkan sekitar 83 juta penerima itu kini dianggarkan sebanyak 350 trilion rupiah (RM88 bilion) pada tahun hadapan. Katanya, jumlah tu diperoleh selepas pegawai membuat kemas kini dengan menurunkan sekitar satu pertiga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya