PYONGYANG: Polis Korea Selatan menahan enam warga Amerika yang cuba menghantar botol plastik berisi beras dan Bible ke Korea Utara. Menurut polis tempatan, semua mereka ditahan ketika sedang berusaha menghantar ribuan botol plastik yang diisi dengan beras, wang kertas satu dolar dan Bible ke laut berhampiran Pulau Ganghwa. “Kami menahan dan sedang menyoal siasat enam warga Amerika berusia antara 20-an hingga 50-an atas dakwaan melanggar Akta Rangka Kerja Pengurusan Bencana…










