WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilihat cuba menampilkan dirinya sebagai pendamai susulan pengumuman mengejut mengenai gencatan senjata antara Israel dan Iran. Gencatan senjata itu diumumkan Trump melalui media sosial, hanya beberapa jam selepas Teheran melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera AS di Qatar, sebagai tindak balas terhadap serangan besar-besaran Washington ke atas tapak nuklear utama Iran. Israel, Iran dan Trump mengisytiharkan kemenangan masing-masing selepas 12 hari konflik…










