Annuar mahu KDN FC guna khidmat 10 pemain import

Annuar mahu KDN FC guna khidmat 10 pemain import

KELAB Bola Sepak Kelantan Darul Naim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas bapa pembangunan bola sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa mahu Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) menggunakan khidmat 10 pemain import bagi mengharungi saingan Liga Super musim 2025/2026.

Beliau berkata, pasukan itu memerlukan dua atau tiga pemain kebangsaan dari negara Asean dan dua pemain Asia bagi memperkukuhkan pasukan.

Katanya, ia susulan KDN FC tidak mempunyai pemain tempat yang berkualiti.

“KDN FC perlu berani melabur untuk membentuk satu pasukan yang kompetif. Sekurang-kurangnya 10 pemain import di jangka membarisi pasukan.

“Dengan jurulatih yang berpengelaman, Stadium Sultan Muhammad IV akan kembali bergegar,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) merakamkan ucapan tahniah kepada KDN FC yang telah menyelesaikan penstrukturan baru pasukan.

Katanya, ia melibatkan pengambil alihan saham majoriti oleh Syarikat Kijang Handal Sdn. Bhd.

“Ini bermakna KDN diberi nafas baru dan dengan itu ada harapan untuk menyelesaikan tunggakan lama. Semua pihak perlu sabar dan berkerjasama.

“Ia bukan mudah, malah sesetengah pasukan memilih untuk ‘menutup kedai’. The True Warriors dengan wajah serba baru bakal muncul sehari dua lagi….Insya-Allah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN