Tengku Mahkota Kelantan dimasyurkan sebagai Pro-Canselor UMK - Utusan Malaysia

Tengku Mahkota Kelantan dimasyurkan sebagai Pro-Canselor UMK

TENGKU Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra semasa berucap pada Majlis Ijazah Pemasyuran Pro-Am senor dan Konvokesyen UMK ke-14 di Bachok, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dimasyurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena Majlis Ijazah Pemasyuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14.

Watikah pemasyuran dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan turut disaksikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Baginda menzahirkan pendekatan pengajian di UMK wajar berorientasikan pembelajaran abad ke-21 dengan mengambil kira elemen gaya hidup digital, penguasaan teknologi, peralatan, perkhidmatan digital dan cara kerja berasaskan pengetahuan.

Baginda sentiasa memantau perkembangan dan pencapaian UMK sama ada pada peringkat nasional atau antarabangsa sepanjang tahun lalu.

“Pada era globalisasi, kita sedang menyaksikan perubahan kehidupan dalam konteks bekerja, komunikasi atau mengakses maklumat.

“UMK perlu menilai semula keseluruhan ekosistem universiti itu bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif,” titah baginda.

Baginda turut bertitah, penilaian berkenaan turut merangkumi kurikulum kaedah pembelajaran yang lebih relevan, program pengajian dan aktiviti penyelidikan.

Tengku Muhammad Fakhry Petra juga berpendapat bahawa cabaran getir bakal dilalui oleh warga universiti berkenaan untuk terus kekal berdaya saing, relevan dan mampu melahirkan graduan yang memenuhi keperluan semasa.

Sementara itu, Naib Canselor UMK, Prof Dr. Arham Abdullah dalam ucapannya berkata, universiti itu mencipta sejarah tersendiri apabila berada di tempat kelima dalam seluruh universiti melalui  interdisiplin sains.

Katanya, kadar bekerja graduan mencapai sehingga 97.2 peratus manakala kadar keboleh pasaran graduan ialah 96.7 peratus.

“Saya juga mahu graduan UMK menjadi contoh dan sentiasa bersedia menyumbang secara langsung dalam usaha mengangkat taraf hidup masyarakat,” ujarnya.

Dalam tempoh 18 tahun penubuhan UMK, seramai 23,677 graduan lepasan universiti itu mampu bersaing dalam pekerjaan.

Seramai 123 graduan menerima ijazah mereka pada sidang pertama konvokesyen membabitkan 53 ijazah doktor falsafah dan 44 dalam ijazah mod penyelidikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya