Selangor sasar kadar pengangguran dua peratus

Selangor sasar kadar pengangguran dua peratus

Kadar pengangguran
V. Papparaidu menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil agensi kerajaan pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Pekerja 2025 peringkat negeri, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kadar pengangguran di Selangor disasarkan turun sehingga dua peratus pada akhir tahun ini bersesuaian dengan statusnya sebagai negeri maju dan tumpuan pelabur.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V. Papparaidu berkata, pengurangan kadar pengangguran di negeri ini berterusan boleh berlaku apabila berhasrat melibatkan syarikat-syarikat besar termasuk berstatus multinasional dalam karnival kerjaya di semua daerah.

“Melalui program jelajah karnival kerjaya kira sudah membantu lebih 3,000 orang mendapat pekerjaan menerusi penganjurannya di seluruh negeri apabila turut memberi peluang kepada mereka yang kehilangan pekerjaan sebelum ini termasuk akibat Covid-19.

“Dalam masa sama saya akan tambah baik untuk melibatkan syarikat–syarikat besar seperti Boeing dan sebagainya yang menawarkan gaji lumayan walaupun memerlukan suatu kemahiran khusus,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, pasaran buruh di Malaysia dilapor menunjukkan kadar yang stabil pada suku pertama tahun ini dengan petunjuk utama mencatatkan peningkatan bilangan penduduk bekerja sementara kadar pengangguran pula menurun.

Di peringkat negeri, Putrajaya merekodkan kadar pengangguran terendah iaitu 1.8 peratus diikuti Melaka dan Pahang masing-masing 1.9 peratus dan Selangor 2.2 peratus.

Kata Papparaidu, bagaimanapun pihaknya masih mendepani cabaran untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan trend pencarian pekerjaan dalam kalangan generasi muda dan graduan.

“Pesanan saya kepada anak muda, jangan berhenti untuk sambung belajar di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan sebagainya. Kita kena pastikan latar pendidikan menepati pasaran pekerjaan semasa.

“Sebahagian generasi muda terlalu memilih, mereka tidak merebut tawaran pekerjaan. Jadi, mereka menunggu majikan yang menawarkan gaji lumayan. Nasihat saya, kalau ada terus grab apa jua kerja yang ada kerana ia akan memberi pengalaman dan mengajar untuk berdikari.

“Biar ada kedudukan kewangan yang stabil tak perlu bersandar kepada ibu bapa dan sebagainya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN