Selangor laksana pelan segera tebatan banjir bernilai RM4 bilion

Selangor laksana pelan segera tebatan banjir bernilai RM4 bilion

Tebatan banjir Selangor
IZHAM Hashim ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Kesyukuran bersama Pesawah Sungai Leman dan Pelancaran Teknologi Briar & Behn Meyer’s Advance & Sustainable Series for Excellence (BASE), di Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kerajaan Selangor sedang melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM4 bilion bagi mengatasi masalah limpahan air sungai termasuk di Klang dan Shah Alam dalam tempoh dua hingga empat tahun bagi pelan jangka pendek serta panjang.

Ia merupakan tambahan perbelanjaan daripada peruntukan sebanyak RM22.57 bilion diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi keseluruhan projek RTB negeri ini yang dijangka siap sepenuhnya pada 2030.

Exco Infrasruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim berkata, selain projek-projek besar, penyelesaian segera perlu dilakukan untuk menghadapi cuaca yang tidak menentu selain kesan bencana kepada rakyat.

“Isnin ini saya ada lawatan pertama susulan (banjir). Kita pergi ke Klang dahulu. Baru-baru ini juga saya membuat keputusan kita ada projek jangka panjang.

“Untuk Selangor, kita ada keperluan khas untuk buat segera. Terbaru, kita sedang laksanakan RTB di Taman Sri Muda. Kita kenal pasti beberapa tempat yang boleh dibuat segera sementara menunggu projek besar siap. Kita tak boleh tunggu banjir itu memberi kesan besar kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM22.57 bilion bagi melaksanakan 126 projek RTB di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijangka siap sepenuhnya lima tahun lagi.

Sebelum itu, Fadillah memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor sedang melaksanakan projek RTB di seluruh negeri bernilai RM3 bilion yang dijangka siap antara 2026 hingga 2031.

Menurutnya, antara cabaran menyebabkan berlaku kelewatan pelaksanaan projek tersebut apabila ia isu pemilikan tanah.

Sementara itu, Izham menambah, antara langkah dalam pelan segera sedang dilakukan termasuk penyelarasan semua agensi termasuk mengambil tanah-tanah yang diperlukan untuk melaksanakan projek RTB.

“Jadi, kita kena selaraskan terus seperti yang dilaksanakan di Taman Sri Muda iaitu tujuh langkah dibuat dalam masa dua bulan dan akan membantu mengurangkan impak banjir termasuk di Klang nanti. Selepas Klang, baru kita pergi ke Shah Alam pula.

“Banyak langkah segera perlu dibuat sebab banyak pembangunan di kawasan kampung (pinggir bandar) yang tidak ada kebenaran merancang (KM), jadi ia tidak tersusun. Kita kena buat langkah drastik.

“Kalau kita perlu ambil tanah untuk buat parit besar, kita buat. Begitu juga kalau perlu buat tali atau pintu air segera, kita terus buat. Tak boleh tunggu lagi sebab rakyat yang menghadapi kesan besar disebabkan cuaca sekarang tidak menentu,” jelasnya.

Pada Ogos tahun lalu, akhbar ini turut melaporkan Selangor memohon peruntukan sehingga RM1.28 bilion untuk melaksanakan projek RTB di Hulu Langat dan Sungai Buloh sebagai berkeutamaan tinggi masing-masing bernilai RM500 juta dan RM780 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya