PETALING JAYA: Sebanyak 36 reruai melibatkan 25 pempamer tempatan akan menyertai acara jualan dan pameran sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Jumaat hingga Selasa depan. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, acara bertemakan ‘The Heritech Malaysia’ itu membawa gabungan elemen warisan dan teknologi menerusi pameran produk tempatan, inovasi digital serta perkhidmatan agensi kerajaan. “Antara pengisian menarik yang disediakan termasuk demonstrasi menekat benang…