Putra Heights: Mangsa mohon kepastian status bina semula rumah

Insiden Putra Heights: Mangsa mohon kepastian status bina semula rumah

MOHAMAD NASIR Abdul Hamid menunjukkan serpihan besi-besi basikal dan motosikal yang hangus dalam kejadian letupan paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya, semalam. – UTUSAN/NUR ATHIRAH HAYADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Penduduk yang terkesan dalam kejadian le­tupan paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru menggesa agar kerajaan segera memberikan kepastian berhubung status pembinaan semula rumah mereka yang musnah

Mohamad Nasir Abdul Hamid, 69, salah seorang mangsa berkata, meskipun beberapa bentuk bantuan telah disalurkan termasuk bayaran sewa dan baucar barangan keperluan, namun sehingga kini dia belum mendapat jaminan jelas mengenai proses baik pulih atau pembinaan semula kediamannya.

Katanya, sekarang ini kerajaan kata ada fasa-fasa tertentu tetapi dia sendiri tidak pasti rumah miliknya berada di fasa mana.

“Ada yang cakap rumah akan dibina mengikut reka bentuk Perbadanan Nasional Berhad (PNB), tetapi kami tidak tahu bentuk rumah itu bagaimana.

“Rumah yang didiami bersama keluarga selama lebih 30 tahun itu dibina hasil titik peluh sendiri secara berperingkat. Kehilangannya bukan hanya menjejaskan kehidupan seharian, malah membawa beban emosi yang mendalam.

“Saya dan penduduk terlibat bukan hendak rumah besar pun, tetapi kami mahukan rumah yang boleh kembalikan kena­ngan dan nostalgia yang kami bina selama ini. Itu rumah keluarga. Dari rumah itulah anak-anak membesar, belajar hidup,” luahnya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Mohamad Nasir turut menzahirkan rasa kecewa dengan pemberian baucar barangan bernilai RM5,000 oleh syarikat Petronas yang hanya boleh ditebus di sebuah pasar raya terpilih sahaja iaitu Mydin Subang Jaya.

“Bila pergi ke Mydin, banyak barang tak ada. Barang dapur tidak mencukupi, alat pertuka­ngan tidak ada. Kalau beri tunai kan senang, boleh beli ikut ke­perluan sendiri,” ujarnya.

Mohamad Nasir juga men­dakwa terdapat banyak ketirisan dalam penilaian kerugian serta ketidaktelusan dalam pe­nyampaian maklumat kepada mangsa.

“Kami rasa dinilai sama rata, tidak kira rumah sewa ke, rumah sendiri ke. Tetapi kerugian kami bukan sama. Ada yang simpan duit tunai, barang kemas, semua musnah dalam sekelip mata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN